WELCOME TO AMIR SYAFIQ MAZIDI TYPEWRITER | thankyou reader and stalker that arrived this blog | enjoy and peace yoww ...

About Me

My photo
Kuala Lumpur
Kegagalan tidak bermakna kita tidak berjaya tetapi kegagalan bermakna kita kurang usaha untuk berjaya :) instagram: amirsyafiqmazidi

Friday, October 24, 2014

Pernah?

ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak rasa macam tak ada siapa kisah pasal kau?

Mungkin.
Kadang-kadang hidup ni orang cakap bukan selalunya cerah.
Yang kau anggap kawan tulah musuh sebenar kau.
Kat depan ibarat putih suci tiada dosa.
Tapi kat belakang, hati hitam terbakar menjaja cerita tanpa unsul periksa.

Pernah tak rasa sakitnya kehilangan?

Ada orang yang pergi sebab dia rasa kau ni bosan.
Sebab dia kata kau dengan dia tak ada jodoh nak bersama.
Bodoh, itu bukan alasan, tapi kau yang dah bosan.
Memang hidup ni aku tahu yang datang bukan tak akan pergi.
Tapi yang datang tu jangan suka memberi harapan.
Sebab yang kau tinggalkan tu derita menanggung penyiksaan.

Pernah tak rasa diri kau dikutuk?

Orang selalu kata, hati kalau dah busuk mulut pun busuk.
Betullah, sekali kau dah benci orang, sampai bila-bila kau akan benci dia.
Apa yang kau pandang, itulah yang kau rasa nak terajang.
Apa yang kau dengar, itulah yang kau nak jaja biar biar semua terdengar.
Entah apa yang kau dapat aku sendiri tak dapat nak tulis dengan kata-kata.
Nak kata tak ada otak, kepala tu besar macam kotak.
Cuba rasa apa yang orang lain rasa. Baru kau tahu sakitnya apa yang dia rasa.

Pernah tak rasa diri kau susah?

Kau bohong kalau kau cakap kau "senang sentiasa".
Nak makan pun kau kena halakan tangan ke mulut.
Tapi kenapa terus-terusan buat orang rasa susah?
Tak rasa berdosa?
Oh, mungkin kau dah rasa banyak bekalan yang kau boleh bawak ke sana.
Sudah, buang semua angan dan ego yang buat kau binasa.
Berdoalah pada pencipta.

Ya,
Manusia,
Mudah lupa,
Sebab dia tak tahu apa yang orang lain rasa.

Monday, February 4, 2013

Surat Buat Buah Hati ♥



untuk si dia, 

kehadapan orang yang sedang membaca surat ini dan menerima surat ini . aku nak bagitahu , aku bukan kirim surat ini dekat kau dengan sengaja sebab aku rindu kau apa bagailah , tapi sebab aku nak bagitahu kau sebab sebab aku hantar surat ini . kau mesti terkejut kan kalau terima surat ni dengan pendahuluan aku yang tiba tiba nak serang kau ni . aku bukan nak serang , aku just nak cakap je , mulai sekarang kau dah curi hati aku dan aku sendiri tak tahu nak luahkan macam mana perasaan . tapi jangan risau aku luahkan je dekat sini sebab kau sendiri tak pernah tengok aku ._. okay dah boleh terajang aku ramai ramai . gembira tak ? gembira kan , sampai terkedu kau tujuh kali sebab baca surat ni . aku bukan apa nak kirim surat ini dekat kau , kau mesti ingat aku ni buta it tapi aku tak buta it pun , kalau aku post kat wall fb kau , semua orang baca lepastu like , aku tak suka , lebih baik kau baca surat ini lepastu kau pergi baca baik baik dalam toilet . jangan bagi mak , ayah , kakak , abang kau baca . kalau diaorang tahu , bising diaorang dekat aku , tak makan aku malam ni . 

kau tahukan macam mana aku sayangkan kau ? kau tahu aku sangat ambil berat pasal kau ? sampai sanggup belasah nyamuk tu lumat lumat kalau nyamuk tu cuba pergi dekat kau . macam tu jugaklah aku akan buat kalau ada orang cuba sakitkan hati kau tu . tapi nanti dulu , kau jangan takut . biar aku ceritakan dulu . tapi aku nak syarat dekat bawah ni , mampu buat kau bahagia . 

PERTAMA , lepasni aku akan jaga hati dia , mampu berikan dia kasih sayang , aku takdalah nak bagi kau banglo sebijik , ferrari sebijik , tapi , tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki aku mesti tunaikan , jangan biarkan kau jadi lelaki pulak ._. 

KEDUA , beri dia didikan agama yang cukup sebab aku tahukan kalau bimbingan seorang lelaki tu tak cukup untuk perempuan , kelak jika di akhirat , bimbingan agamanya tak cukup , aku akan heret kau sekali masuk neraka , kau jangan ingat kau sahaja yang terselamat 

KETIGA , jaga kau sebagaimana kau jaga diri kau , tegur kau jika kau buat kesalahan , pukul kau jika dah buat salah , eh itu untuk yang dah berumah tangga , mohon hentak aku lepas baca surat ni kejap lagi .

KEEMPAT , takkan sakiti hati kau dengan mencari perempuan lain , aku tahu hati seorang perempuan tu lembut , jika aku mencari perempuan lain , bukan hati kau yang aku akan sakiti , tapi badan aku yang akan kau sakitkan , eh ? ni pun bila dah berumah tangga nanti . 

KELIMA , akan aku pastikan kau menjalani tanggungjawab kau sebagai seorang perempuan , jaga makan minum kau , jaga pakaian kau , jaga setiap kelengkapan kau . 

KEENAM , boleh aku ambil kau sebagai ratu hidup aku ? akan aku sematkan kau didalam hati aku . 

maaflah jika kiriman ni menggangu kau tapi ingatlah , apa yang aku kata tu tak semudah tu tapi dengan izin Allah SWT aku akan cuba . aku akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup kau , dan mohon papa dan mama kau setuju merestui ._. kalau apa apa hal kita whatsapp je lepastu IM je aku dekat fb ok ? kbai ! 

                                                                                                        buah jantungmu, 
                                                                                                            Amiw Syafiq 

Sunday, January 27, 2013

waktu waktu free aku !

ASSALAMUALAIKUM

pejam celik pejam celik hamekau dah sampai hari ahad yang penuh membosankan . masa aku rasa memang berlalu dengan pantas sampaikan kau lari marathon empat atau lima orang pun tak mampu kau nak kejar masa ni . silap silap lepasni kau pejam tak celik celik lagi dah , acano pulak tu ? ahaha . macam aku , ada hobi makan sambil tertidur , korang hado ? takde kan ? aku paling istimewa tau . lepasni kalau badan dah besar gabak macam lori hantu tu tak payah nak memekak cakap perut muncit lah apalah , memang kena makan penyapu . okay kali ni entry ni aku bagitahu awal awal memang membosankan . tengok tajuk je korang akan rasa nak kunyah lappy korang tu , dengan bahasa melayu yang aku campurkan dengan bahasa inggeris , pakcik aku jabatan pelajaran punya orang , kalau dia baca tajuk entry ni memang dia gegelak sambil cakap "muka je kacak tapi macam hampeh" . okay sila lenyek muka aku bagi kemek , tinggalkan cerbisan daging je , eh ? :D

kebiasaannya kalau dah hujung minggu ni aku punya waktu tidur lepas subuh lepastu bangun sampai orang nak pergi masjid solat zohor baru aku terhegeh hegeh nak capai towel pergi mandi , itu pun kalau tersedarlah . syaiton durjana berjoget ulik mayang dekat mata aku bergayut macam monyet suruh aku tidur lagi nak nak kalau dalam rumah aku tu takde orang , nikmat dia hanya aku sorang je yang tahu ^^ , tapi selalunya ibu Jamie selalunya pukul 9 dah melontarkan vokalnya dekat dalam bilik aku tu . lepas bangun wajib bagi aku buka freezer lepastu carik makanan dalam tu .

kadang kadang aku suka mengelamun dalam tandas sambil pandang muka aku yang kacak tu ^^ sambil bercakap "Neelofa tu ajak aku couple tapi aku tolak mentah mentah sebab bukan taste aku" . kadang kadang pernah jugak mengelamun crush , fuhhh bayangkan dia lebih cantik daripada Neelofa tanpa makeup , eh ? budak bawah 17 tahun diharamkan baca tau benda tu . nanti takut imagine terlebih lebih pulak . so kalau waktu aku free tu aku akan ada satu minat iaitu baca komik , novel , majalah . okay sebenarnya aku tak minat sangat nak baca buku sekolah sebab membosankan . aku rasa macam buku sekolah ni untuk hari sekolah je aku baca , wahahaha . jumpa aku tolong hiris muka aku bagi calar . kadang kadang tu rajin melayankan si kecik tu adik aku umur 2 tahun tu . sampai melalak lalak budak tu aku buli .

okay aku pun bosan tak tahu nak tulis apa lagi . jadi dikesempatan ni aku nak ucapakan tahniah kepada kak aja dan angah (fauzi) yang telah mendapat cahaya mata pertama . so lepas ni korang dah tak boleh lepak macma dulu lagi . kbye ~

                                            Nur Zara Alisha nama diberi :) 

                                                    Anak dan bapanya :) 

Wednesday, January 2, 2013

thank you 2012 !

ASSALAMUALAIKUM 

even dah masuk 2hb aku tetap nak updates pasal aku dah melangkah masuk ke 2013 , yeepppyyyyy ! *kebabooommm bunyi mercun , mati , terkulai , tanam terus* okay aku dah start merepek kebandang ! -.-' masa memang pantas berlalu dan aku pun dah form 5 , SPM woi SPM *terus gue harus bilang wow gitu ? WOOOOOWWWWW* -.-' sekali lagi merepek , korang campak lappy korang dalam lubang jamban , okay ? hahahaha . *sumpah tak lawak* macam macam perkara suka dan duka aku lalui , dan sekarang aku dah jadikan ianya sebuah buku cerita didalam blogger aku . kalau rasa gedik dengan ayat aku ni , jumpa aku dekat sekolah , ambil no , lempang aku 2 kali . lepas tu aku terajang korang dekat luar sekolah pulak . hahahaha ! disebabkan umur aku dah meningkat 17 dan walaupun ramai yang cakap aku dah tua dengan umur 17 tu tapi aku masih berjiwa remaja ! yeahhhhh *sakit jantung bila mak ayah mertua aku baca* ! dan 2012 , the best wishes ever and ever that i want you to know , 2012 , thank you untuk semua perkara ini :

       Untuk semua perkara dan masa aku terpaksa lalui kesakitan dan kehilangan seseorang yang aku sayang .      
Untuk setiap saat aku hargai bersama keluarga , kawan kawan dan si Dia .....
                           Untuk persahabatan yang baru , azam baru , perspektif baru .
                          Untuk perasaan kesepian yang teruk dan sungguh menyakitkan 
                          Untuk perasaan luar biasa yang menyayangi dan disayangi 
                       Untuk semua perubahan yang baru kau bawa masuk dalam hidup aku 
                        Untuk semua masa aku sedih dan menjadikan aku kini lebih kuat 
                       Untuk perasaan yang ditolak dan diambil mudah 
                      Untuk semua memori indah didalam tahun 2012 
              Untuk semua masa aku terlepas sahabat sayang yang jauh dari hidup aku 

                                              TERIMA KASIH 2012 
           telah memberi makna hidup yang baru dan untuk membuat aku lebih move on dan meneroka kekuatan dalaman aku dan ketabahan aku ....
    kau pasti adalah salah satu tahun tahun yang tidak akan aku lupakan 
    dan aku bersedia menghadapi keturunan kau seterusnya , 2013 ! akan aku melangkah dengan ikhlas :) 


                                             THANK YOU 2012 !!!


Thursday, December 27, 2012

Solat merupakan tiang agama



ABSTRAK Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan. Sembahyang dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan. Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih belum berlaku kepada orang yang sakit. Terdapat lima keistimewaan sembahyang iaitu ibadah yang utama dan pertama, ibadah yang diwasiatkan, amal yang paling awal dihisab, amal yang paling akhir ditinggalkan, dan asas syiar islam. Kepentingan sembahyang diertikan supaya sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya. Sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran. Solat adalah kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati dan solat adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan. Seksa orang yang tidak sembahyang adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang yang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.

PENDAHULUAN
Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah tidak merasa diuntungkan walaupun kita mengerjakan sembahyang. Dan Allah tidak akan merasa dirugikan seandainya seluruh umat manusia di dunia tidak mengerjakan sembahyang. Tetapi yang rugi adalah diri kita sendiri. Sembahyang adalah untuk kepentingan manusia. Bukan kepentingan Allah. Sembahyang merupakan tiang agama islam kerana begitu pentingnya maka amat yang pertama kali diperhitungkan kelak di akhirat adalah amalan sembahyang. Jika ketika di dunia, seseorang mengerjakan sembahyang dengan baik (khusyuk dan ikhlas kerana Allah) maka dia akan beruntung. Tetapi jika sembahyangnya rosak, maka rosak pula nasibnya. Dia pasti dihadapkan pada seksa yang sangat pedih. Sedarilah bahawa meremehkan sembahyang akan diancam Allah berupa seksa yang luar biasa pedihnya sebab sembahyang adalah kewajipan. Segala yang wajib jika dilanggar atau diaibkan, maka pasti mendapat hukuman. Mengabaikan kewajipan atau meruntuhkan adalah suatu sikap kesombongan dan pelanggaran. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah S.W.T menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Sembahyang perlu khusyuk. Seseorang itu perlu benar-benar dapat menghayati ibadah yang dilakukan kepada Allah S.W.T. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kenapa sembahyang itu perlu di amalkan. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.

PENGERTIAN SEMBAHYANGDari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan”. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan sembahyang ia akan dapat menimbulkan sembahyang yang berkesan.


HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Begitu juga dalam hadis Rasulullah S.A.W. “Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji”. (Al- Ankabut : 45).

KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur. Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih berlaku kepada orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya sahaja agak berbeza dengan orang yang sihat. Bagi orang yang sakit cara mengerjakannya disesuaikan dengan kesanggupan pesakit seperti dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keadaan dan keupayaan pesakit itu.

KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan ibadah yang utama dan pertama. Sembahyang adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan kepada umat islam. Imam Ahmad berkata: “sembahyanglaah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah S.W.T kepada Rasul-Nya sebelum ibadah yang lain”.


Selain itu, sembahyang juga merupakn ibadah yang diwasiatkan. Nabi Muhammad S.A.W sangat menekankan dua ibadah penting yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian, iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada orang. Sembahyang juga penting kerana sembahyang merupakan amal yang paling awal dihisab. Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain. Rasullulah S.A.W bersabda, amalan yang mula-mula dihisab daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika ibadah sembahyang sembahyang diterima, nescaya diterimalah amalan-amalan yang lain. Apabila sembahyangnya ditolak, maka ditolaklah amalan-amalan yang lain. Selain itu, sembahyang merupakan amal yang paling akhir ditinggalkan. Menurut hadis Rasulullah, “sembahyang adalah ibadah yang teristimewa, kerana ia merupakan amalan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Jika sekiranya semua manusia meninggalakan ibadah sembahyang bererti kehancuranlah yang akan menimpa mahkluk didunia ini”. Keistimewaan sembahyang yang terakhir adalah sembahyang merupakan asas syiar islam. Hubungan makhluk dengan khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah S.W.T.

KEPENTINGAN SEMBAHYANG
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptaNya secara langsung. Selain itu, sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat juga adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran ( saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ). Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahgiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.

SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANGSeksaan orang yang tidak sembahyang adalah sekasaan semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Antara seksaan semasa di dunia adalah Allah S.W.T menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya, Allah S.W.T menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya dan sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman. Antara seksaan ketika hendak mati adalah, ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan sangat dahaga dan dia berasa kesakitan yang amat sangat. Selain itu dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah (mengakhiri ajal dengan kejahatan). Antara seksaan semasa di dalam kubur adalah ketika ditanya oleh Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh memberi jawapan, kuburnya menjadi gelap dan sempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih. Antara seksaan semasa di hari akhirat adalah ketika dihisab, amalnya lebih banyak yang jahat daripada yang baik. Selain itu, Allah S.W.T sentiasa murka kepadanya dan diseksa oleh Allah S.W.T dengan api neraka.

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG WAJIB
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

Subuh - satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANGDiriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

Masuk syurga tanpa dihisab, dihindarkan dari seksaan kubur, dihindarkan dari kesempitan hidup, berjalan di atas sirat bagaikan kilat, diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

KESIMPULAN
Tidak mudah untuk memahami bahawa sembahyang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran. Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membenteras kejahatan diri. Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya. Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras. Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman. Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang islam yang tidak mempedulikannya. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya. Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut. Di antara mereka banyak yang lebih menitikberatkan amalan kenduri-kendura, kenduri arwah, majlis potong jambul, majlis berzanji dan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang. Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak. Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, December 25, 2012

8 perkara

ASSALAMUALAIKUM

malam yang hening ni menambahkan kesunyian dekat dalam bilik aku ni , kadang kadang aku ada jugak dengar macam macam tapi aku diamkan aje , dalam fikiran aku mungkin jiran sebelah tengah buat projek kod . hahahaha *kwahajo ayat aku* . takpe layan je perasaan ni . jadi malam ni aku bukan nak cerita pasal hantu tapi nak cerita pasal 8 perkara . aku ada 8 perkara yang penting dalam hidup aku , muehehehe *ketawa jahat* . tapi kenapa 8 ? sebab idea nak tulis banyak banyak bukan senang nak carik kau tahu tak ? sebab tu had dia 8 je . settle kerja aku , then cerita apa pulak aku nak buat ni . aku memang suka merepek bila memalam camnggini , siapa rasa nak penapak muka aku silakan ambil no dan beratur . okay sebenarnya cerita dia macam ni *sambil betulkan kedudukan* , usia aku baru 16 13.Dec.2013 baru masuk 17 . lambatkan aku lahir , sokay aku bahagia jugak . aku saja nak mention sebab nak dapat hadiah nanti bila menjelang hari jadi aku , muehehehe .

                                                             8 PERKARA

PERTAMA , aku nak makan banyak banyak sampai meletup perut aku dan naik berat badan aku dan kalau boleh tak nak naik mendadak sangat , kang tak memasal aku kena memangku perut aku atas peha . cukuplah macam sedang sedang sajakan . jadi , aku cuba dalam seminggu dua ni cuba dulu dan nanti aku bagitahu korang berat aku berapa . okay ? okay ....

KEDUA , aku akan tweet balik jika sesiapa yang mention aku dan aku akan follow balik jika korang mention aku then lepak situ lelama , nanti kata sombong pulakkan . kepada sesiapa yang nak tweet dgn aku tweet jelah . aku tak kisah pun , dan pastikan mention aku kalau nak suruh follow back . aku tak cakap yang aku ni mengalahkan hot kan tapi just nak berkawan , untuk ke twitter aku , klik link sebelah okay ? https://twitter.com/AmirSyafieq

KETIGA , aku nak make sure kan yang esok aku happy sebab nak hang dengan kawan kawan baru dekat FB , diaorang ajak takkan kita nak menolak pulakkan . nanti kata kita ni sombong , bajet hot , batak hot , aku tak nak macam tu . aku tak suka kena kena bash macam tu . tak suka aku kalau macam tu , memang aku terus delete je akaun FB aku tu kalau aku kena macam tu .

KEEMPAT , aku nak enjoy habis habis sebab aku tahun depan dah nak SPM . so inilah masaanya dan tetpat pada masanya . seumur hidup aku , aku tak pernah lepak dgn kawan kawan yang duk jauh jauh contoh dekat Malim , Padang Temu tu semua . aku hanya lepak dgn budak budak taman aku je . 

KELIMA , aku akan try pakai warna biru sebab aku takde baju warna biru dekat rumah aku . seriously aku tak bohong , nak tak nak aku kena pakai jugak dan usahakan jugak pinjam abang aku punya . hewhew , esok dah janji nak pakai baju warna biru . so tak boleh elak dari tema tu , kalau tak mampus kena karate aku dgn budak budak dekat sana .

KEENAM , nak kurangkan habbit aku pada komik sebab aku pantang gila nampak komik , nafsu membuak buak , nak nak kmoik "shippuden naruto" tu . walaupun cerita dah lama tapi aku suka gila . nak nak komik anime lain , sanggup gadai duit sendiri nak beli komik anime lebih tu . aku rasa dah takde space kod nak letak dekat rak almari aku tu . Ibu Jamie kalau nampak mampus aku kena humban dengan komik komik tu sekali dia baling . nama pun "MEMBACA JIWA BANGSA" , so aku membacalah ni :D 

KETUJUH , aku nak settlekan barang barang sekolah dalam bulan ni jugak . sekolah dah nak bukak tak lama lagi ni , lagi seminggu je ni . aku baru terhegeh hegeh nak siapkan barang barang , tapi nasib baik buku sekolah aku dah beli dulu dan buku teks pun aku dah ambik sekali . so kerja aku cuma beli beg sekolah , dgn baju tu je . yang lain lain dah ada aku siapkan awal .

KELAPAN , tak lain , tak bukan aku berhajat nak penuhkan semua impian aku dekat atas ni dan perkara nombor lapan aku dah pun selesai sebab hajat nombor lapan nak tunaikan perkara perkara dekat atas . sebab kalau aku cakap jarang aku buat semuanya . kadang kadang ada rasa macam orang nak tembak je aku ni . tapi macam yang arwah atuk aku selalu cakapakan "lebih baik menjadi diri sendiri" . thanks atuk walaupun atuk dah takde , saya pasti saya akan ingat sampai saya dah jadi macam datuk sendiri . Al-Fatihah untuk atuk ....... 

Thursday, December 20, 2012

aku yang gila ^^v

wassup2 guys bebeh ! yehak ! HAHAHA . assalamualaikum , selamat pagi . dan apa khabar anda semua pagi ni ? hebat hey . ecewah kemain semangat lagi pagi ni kan . hari ini entry aku ialah aku yang gila . aku ni gila ke ? HAHA . yang kawan dengan aku je tahu aku ni gila ke tak . aku ni suka jugak buat benda yang gila2 tapi takdalah sampai tahap tahap boleh menjadi gila . hehe . semalam aku macam cacing kepanasan sebab Najiha Jaffar ajak aku pergi Dataran Pahlawan . aku pun takda alasan lain nak bagi , aku cakaplah "rumah takda siapa nak jaga" dan dia boleh cakap "rumah awak tu tak lari kemananya" . semalamkan budak budak PMR ambik result , so dia heboh mengajak aku bagai pergi Dataran Pahlawan kononya nak temankan dia pergi gathering group budak budak Facebook yang buat . kalau aku pergi aku rasa nak carik barang . tapi fikir sejenak barang apa yang aku nak beli . setiap kali aku keluar pergi jalan jalan , aku balik dengan tangan kosong je . hahahaha . itulah aku , dekat rumah bawak duit nak beli barang . sampai je sana dah jumpa kawan lupa barang nak beli tu . dah macam nyanyok kan aku ni .

                              inilah muka yang entah apa apa . maaf aku hodoh .

aku suka lepak-ing , happening , friendly , smoker ? suka hati kaulah nak cakap aku ni smoker atau tak . hidup aku , aku tahu apa yang aku buat . aku tak kisah kawan buat aku macam mana aku tetap akan bersama diaorang . macam "KAMI BUDDYZ TAKKAN TERPISAH" , puihhhh . hahahaha . happening bila orang yang tak kenal dengan aku , aku akan tunjukkan perangai aku yan gila gila tu . hahaha . lantak ahh nak cakap aku kelelek ke hape . friendly , masa kawan aku susah aku ada dan senang diaorang pun aku ada . mohon korang yang baca ni jeles sekejap . *jumpa aku dekat luar mohon hentak aku pakai batu* dan aku pun tak tahu apa yang aku bebelkan ni . so harap yang baca ni terhibur . point utama , yang tak nak baca sila angkat kaki , kawat macam askar ! *bubye lah . semoga terhibur , bye assalamualaikum :)