WELCOME TO AMIR SYAFIQ MAZIDI TYPEWRITER | thankyou reader and stalker that arrived this blog | enjoy and peace yoww ...

About Me

My photo
Kuala Lumpur
Kegagalan tidak bermakna kita tidak berjaya tetapi kegagalan bermakna kita kurang usaha untuk berjaya :) instagram: amirsyafiqmazidi

Thursday, December 27, 2012

Solat merupakan tiang agama



ABSTRAK Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan. Sembahyang dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan. Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih belum berlaku kepada orang yang sakit. Terdapat lima keistimewaan sembahyang iaitu ibadah yang utama dan pertama, ibadah yang diwasiatkan, amal yang paling awal dihisab, amal yang paling akhir ditinggalkan, dan asas syiar islam. Kepentingan sembahyang diertikan supaya sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya. Sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran. Solat adalah kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati dan solat adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan. Seksa orang yang tidak sembahyang adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang yang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.

PENDAHULUAN
Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah tidak merasa diuntungkan walaupun kita mengerjakan sembahyang. Dan Allah tidak akan merasa dirugikan seandainya seluruh umat manusia di dunia tidak mengerjakan sembahyang. Tetapi yang rugi adalah diri kita sendiri. Sembahyang adalah untuk kepentingan manusia. Bukan kepentingan Allah. Sembahyang merupakan tiang agama islam kerana begitu pentingnya maka amat yang pertama kali diperhitungkan kelak di akhirat adalah amalan sembahyang. Jika ketika di dunia, seseorang mengerjakan sembahyang dengan baik (khusyuk dan ikhlas kerana Allah) maka dia akan beruntung. Tetapi jika sembahyangnya rosak, maka rosak pula nasibnya. Dia pasti dihadapkan pada seksa yang sangat pedih. Sedarilah bahawa meremehkan sembahyang akan diancam Allah berupa seksa yang luar biasa pedihnya sebab sembahyang adalah kewajipan. Segala yang wajib jika dilanggar atau diaibkan, maka pasti mendapat hukuman. Mengabaikan kewajipan atau meruntuhkan adalah suatu sikap kesombongan dan pelanggaran. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah S.W.T menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Sembahyang perlu khusyuk. Seseorang itu perlu benar-benar dapat menghayati ibadah yang dilakukan kepada Allah S.W.T. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kenapa sembahyang itu perlu di amalkan. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.

PENGERTIAN SEMBAHYANGDari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan”. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan sembahyang ia akan dapat menimbulkan sembahyang yang berkesan.


HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Begitu juga dalam hadis Rasulullah S.A.W. “Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji”. (Al- Ankabut : 45).

KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur. Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih berlaku kepada orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya sahaja agak berbeza dengan orang yang sihat. Bagi orang yang sakit cara mengerjakannya disesuaikan dengan kesanggupan pesakit seperti dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keadaan dan keupayaan pesakit itu.

KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan ibadah yang utama dan pertama. Sembahyang adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan kepada umat islam. Imam Ahmad berkata: “sembahyanglaah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah S.W.T kepada Rasul-Nya sebelum ibadah yang lain”.


Selain itu, sembahyang juga merupakn ibadah yang diwasiatkan. Nabi Muhammad S.A.W sangat menekankan dua ibadah penting yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian, iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada orang. Sembahyang juga penting kerana sembahyang merupakan amal yang paling awal dihisab. Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain. Rasullulah S.A.W bersabda, amalan yang mula-mula dihisab daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika ibadah sembahyang sembahyang diterima, nescaya diterimalah amalan-amalan yang lain. Apabila sembahyangnya ditolak, maka ditolaklah amalan-amalan yang lain. Selain itu, sembahyang merupakan amal yang paling akhir ditinggalkan. Menurut hadis Rasulullah, “sembahyang adalah ibadah yang teristimewa, kerana ia merupakan amalan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Jika sekiranya semua manusia meninggalakan ibadah sembahyang bererti kehancuranlah yang akan menimpa mahkluk didunia ini”. Keistimewaan sembahyang yang terakhir adalah sembahyang merupakan asas syiar islam. Hubungan makhluk dengan khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah S.W.T.

KEPENTINGAN SEMBAHYANG
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptaNya secara langsung. Selain itu, sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat juga adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran ( saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ). Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahgiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.

SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANGSeksaan orang yang tidak sembahyang adalah sekasaan semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Antara seksaan semasa di dunia adalah Allah S.W.T menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya, Allah S.W.T menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya dan sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman. Antara seksaan ketika hendak mati adalah, ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan sangat dahaga dan dia berasa kesakitan yang amat sangat. Selain itu dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah (mengakhiri ajal dengan kejahatan). Antara seksaan semasa di dalam kubur adalah ketika ditanya oleh Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh memberi jawapan, kuburnya menjadi gelap dan sempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih. Antara seksaan semasa di hari akhirat adalah ketika dihisab, amalnya lebih banyak yang jahat daripada yang baik. Selain itu, Allah S.W.T sentiasa murka kepadanya dan diseksa oleh Allah S.W.T dengan api neraka.

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG WAJIB
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

Subuh - satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANGDiriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

Masuk syurga tanpa dihisab, dihindarkan dari seksaan kubur, dihindarkan dari kesempitan hidup, berjalan di atas sirat bagaikan kilat, diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

KESIMPULAN
Tidak mudah untuk memahami bahawa sembahyang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran. Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membenteras kejahatan diri. Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya. Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras. Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman. Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang islam yang tidak mempedulikannya. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya. Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut. Di antara mereka banyak yang lebih menitikberatkan amalan kenduri-kendura, kenduri arwah, majlis potong jambul, majlis berzanji dan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang. Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak. Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, December 25, 2012

8 perkara

ASSALAMUALAIKUM

malam yang hening ni menambahkan kesunyian dekat dalam bilik aku ni , kadang kadang aku ada jugak dengar macam macam tapi aku diamkan aje , dalam fikiran aku mungkin jiran sebelah tengah buat projek kod . hahahaha *kwahajo ayat aku* . takpe layan je perasaan ni . jadi malam ni aku bukan nak cerita pasal hantu tapi nak cerita pasal 8 perkara . aku ada 8 perkara yang penting dalam hidup aku , muehehehe *ketawa jahat* . tapi kenapa 8 ? sebab idea nak tulis banyak banyak bukan senang nak carik kau tahu tak ? sebab tu had dia 8 je . settle kerja aku , then cerita apa pulak aku nak buat ni . aku memang suka merepek bila memalam camnggini , siapa rasa nak penapak muka aku silakan ambil no dan beratur . okay sebenarnya cerita dia macam ni *sambil betulkan kedudukan* , usia aku baru 16 13.Dec.2013 baru masuk 17 . lambatkan aku lahir , sokay aku bahagia jugak . aku saja nak mention sebab nak dapat hadiah nanti bila menjelang hari jadi aku , muehehehe .

                                                             8 PERKARA

PERTAMA , aku nak makan banyak banyak sampai meletup perut aku dan naik berat badan aku dan kalau boleh tak nak naik mendadak sangat , kang tak memasal aku kena memangku perut aku atas peha . cukuplah macam sedang sedang sajakan . jadi , aku cuba dalam seminggu dua ni cuba dulu dan nanti aku bagitahu korang berat aku berapa . okay ? okay ....

KEDUA , aku akan tweet balik jika sesiapa yang mention aku dan aku akan follow balik jika korang mention aku then lepak situ lelama , nanti kata sombong pulakkan . kepada sesiapa yang nak tweet dgn aku tweet jelah . aku tak kisah pun , dan pastikan mention aku kalau nak suruh follow back . aku tak cakap yang aku ni mengalahkan hot kan tapi just nak berkawan , untuk ke twitter aku , klik link sebelah okay ? https://twitter.com/AmirSyafieq

KETIGA , aku nak make sure kan yang esok aku happy sebab nak hang dengan kawan kawan baru dekat FB , diaorang ajak takkan kita nak menolak pulakkan . nanti kata kita ni sombong , bajet hot , batak hot , aku tak nak macam tu . aku tak suka kena kena bash macam tu . tak suka aku kalau macam tu , memang aku terus delete je akaun FB aku tu kalau aku kena macam tu .

KEEMPAT , aku nak enjoy habis habis sebab aku tahun depan dah nak SPM . so inilah masaanya dan tetpat pada masanya . seumur hidup aku , aku tak pernah lepak dgn kawan kawan yang duk jauh jauh contoh dekat Malim , Padang Temu tu semua . aku hanya lepak dgn budak budak taman aku je . 

KELIMA , aku akan try pakai warna biru sebab aku takde baju warna biru dekat rumah aku . seriously aku tak bohong , nak tak nak aku kena pakai jugak dan usahakan jugak pinjam abang aku punya . hewhew , esok dah janji nak pakai baju warna biru . so tak boleh elak dari tema tu , kalau tak mampus kena karate aku dgn budak budak dekat sana .

KEENAM , nak kurangkan habbit aku pada komik sebab aku pantang gila nampak komik , nafsu membuak buak , nak nak kmoik "shippuden naruto" tu . walaupun cerita dah lama tapi aku suka gila . nak nak komik anime lain , sanggup gadai duit sendiri nak beli komik anime lebih tu . aku rasa dah takde space kod nak letak dekat rak almari aku tu . Ibu Jamie kalau nampak mampus aku kena humban dengan komik komik tu sekali dia baling . nama pun "MEMBACA JIWA BANGSA" , so aku membacalah ni :D 

KETUJUH , aku nak settlekan barang barang sekolah dalam bulan ni jugak . sekolah dah nak bukak tak lama lagi ni , lagi seminggu je ni . aku baru terhegeh hegeh nak siapkan barang barang , tapi nasib baik buku sekolah aku dah beli dulu dan buku teks pun aku dah ambik sekali . so kerja aku cuma beli beg sekolah , dgn baju tu je . yang lain lain dah ada aku siapkan awal .

KELAPAN , tak lain , tak bukan aku berhajat nak penuhkan semua impian aku dekat atas ni dan perkara nombor lapan aku dah pun selesai sebab hajat nombor lapan nak tunaikan perkara perkara dekat atas . sebab kalau aku cakap jarang aku buat semuanya . kadang kadang ada rasa macam orang nak tembak je aku ni . tapi macam yang arwah atuk aku selalu cakapakan "lebih baik menjadi diri sendiri" . thanks atuk walaupun atuk dah takde , saya pasti saya akan ingat sampai saya dah jadi macam datuk sendiri . Al-Fatihah untuk atuk ....... 

Thursday, December 20, 2012

aku yang gila ^^v

wassup2 guys bebeh ! yehak ! HAHAHA . assalamualaikum , selamat pagi . dan apa khabar anda semua pagi ni ? hebat hey . ecewah kemain semangat lagi pagi ni kan . hari ini entry aku ialah aku yang gila . aku ni gila ke ? HAHA . yang kawan dengan aku je tahu aku ni gila ke tak . aku ni suka jugak buat benda yang gila2 tapi takdalah sampai tahap tahap boleh menjadi gila . hehe . semalam aku macam cacing kepanasan sebab Najiha Jaffar ajak aku pergi Dataran Pahlawan . aku pun takda alasan lain nak bagi , aku cakaplah "rumah takda siapa nak jaga" dan dia boleh cakap "rumah awak tu tak lari kemananya" . semalamkan budak budak PMR ambik result , so dia heboh mengajak aku bagai pergi Dataran Pahlawan kononya nak temankan dia pergi gathering group budak budak Facebook yang buat . kalau aku pergi aku rasa nak carik barang . tapi fikir sejenak barang apa yang aku nak beli . setiap kali aku keluar pergi jalan jalan , aku balik dengan tangan kosong je . hahahaha . itulah aku , dekat rumah bawak duit nak beli barang . sampai je sana dah jumpa kawan lupa barang nak beli tu . dah macam nyanyok kan aku ni .

                              inilah muka yang entah apa apa . maaf aku hodoh .

aku suka lepak-ing , happening , friendly , smoker ? suka hati kaulah nak cakap aku ni smoker atau tak . hidup aku , aku tahu apa yang aku buat . aku tak kisah kawan buat aku macam mana aku tetap akan bersama diaorang . macam "KAMI BUDDYZ TAKKAN TERPISAH" , puihhhh . hahahaha . happening bila orang yang tak kenal dengan aku , aku akan tunjukkan perangai aku yan gila gila tu . hahaha . lantak ahh nak cakap aku kelelek ke hape . friendly , masa kawan aku susah aku ada dan senang diaorang pun aku ada . mohon korang yang baca ni jeles sekejap . *jumpa aku dekat luar mohon hentak aku pakai batu* dan aku pun tak tahu apa yang aku bebelkan ni . so harap yang baca ni terhibur . point utama , yang tak nak baca sila angkat kaki , kawat macam askar ! *bubye lah . semoga terhibur , bye assalamualaikum :)

Tuesday, December 18, 2012

mereka , sentiasa buat aku happy !

ASSALAMUALAIKUM 

setelah sekian lama meninggalkan dunia berceloteh aku yang agak gila gila merepek dulu , aku senyum balik baca entry entry aku yang lepas , ayat memang kelakar buat aku pecah kaki kepala tu semua . bak kata orang orang dahulu kala , ayat macam gampang , gampang ? lebih kurang lawalah *act aku hentam je* . di pagi yang indah ini , aku ingin jugak bercerita tentang aku lakukan sepanjang hari aku yang dah lepas tu . macam biasa , yang tak nak baca , tidak dipaksa , tutup je blog ni . *bubye lah !


bangun pagi awal awal haritu dah kena kejut sebab sebagai muslim sejati mestilah kena tunaikan kewajipan aku sebagai orang islam . sebelum aku pergi mandi di pagi haritu sebab nak keluar dengan kawan kawan . kalau aku cakap aku keluar pukul berapa nak pergi Dataran Pahlawan & Mahkota Parade pun orang akan kata aku dan kawan kawan aku gila sebab pukul 8 ke 9 pagi dah keluar untuk bertolak . alasan sebenarnya nak melepak je dekat Dataran Pahlawan bukan nak tengok wayang ke apa ke . kitaorang tak carik sarapan semua , kitaorang utamakan padang Dataran Pahlawan tu dulu , lepastu baru carik makan . makan kalau makan biasa biasa boleh tahan ahh lagi , ni makan MC'D . mencanak nak keluar duit woi . kawan kawan aku ni semua kayalah katakan , hahahaha .

aku pergi padang Dataran Pahlawan naik bas je sebab aku takda lesen motor lagi . maklumlah lahir 13.12 memang patutlah ambik lesen pun lambat . lepas dah turun daripada bas tu baru rasa lega dan aku tengok lengang je orang dalam Dataran Pahlawan tu . aku pun tuju ke destinasi yang hendak aku pergi . mula mula tu memang nak carik kawan aku si Hasmah , tapi aku beranikan diri jugak carik dia . sekali ada orang angkat tangan dekat aku , berkata hati kecil aku "barangkali Hasmah" . okay memang betul tekaan aku . mula mula lepak dekat padang Dataran Pahlawan lepastu semua bosan dan idea aku "jom carik makan" , semua masa tu pandang aku macam tak puas je . aku pun diam dan terus jalan . dah selesai makan semua semua ajak main bowling dan masa tu baru kenal mamat sorang ni nama dia Aizat Zahari . 


                                                            Aizat Zahari   


                                         Hasmah dan Amir Syafiq *gedik siot*


                                                            Luqman 


                                                      Akak Dayah Zatie


                                       Yang si pendek comel ni Najiha Jaffar 

SELEPAS BERJAM JAM LEPAK....

memang dieorang ni happening even aku tak tahu apa yang happening sangat lepak biasa biasa dengan diaorang dekat atas padang Dataran Pahlawan tu . dan masa sebelum nak balik tu admin group dekat Facebook tu suruh bergambar bersama , nak tak nak mestilah kena pergi sebab orang dah pelawa kita takkan kita nak tolak mentah mentah pulakkan . okay macam macam gaya ada lah masa bergambar tu . maklumlah admin group tu HOT , memang semua nak melekat jelah masa tu . yang perempuan perempuan boleh jadi gedik , ni kan pulak lelaki kan . hahahahaha . okay cukup sampai disini dulu cerita menarik aku . kalau ada cerita menarik nanti aku update lah okay . assalamualaikum .

Monday, December 17, 2012

tak semua jahat !

berehat sebentar dan menulis blog . hewhew , macam poyo je nak berehat bagai macam ada orang yang nak baca blog aku ni kan padahal followers pun entah berapa kerat je , tapi apa pun aku tetap hargai siapa yang follow aku tu . walaupun aku cerita entah apa apa merepek tahap bosan dewa 19 adalah jugak yang rajin follow cerita aku . bila dah buat entry mestilah kena ada title entry kan . kenapa kali ni macam syahdu je pulak cerita aku ni ? kenapa ? kenapa ? kenapa ? padehal takde apa pun bro/kak . and bila aku baring baring tadikan , aku terbayang sana sini . terbayang sekeliling , tengok orang sana sini , dalam majalah , dalam internet , dalam akhbar dan dalam berita , macam macam kauorang boleh dengar setiap hari kan ? macam macam boleh tengok . rogol , bunuh , buang bayi , merompak , dera anak dan apa lagi . huh , aku disini bukanlah sibuk nak ambik tahu hal orang lain tapi sebab terasa ingin berkongsi cerita , aku bukaklah mulut . bukan nak menuduh , bukan nak menambah tapi untuk sama sama fikirkan , adakah semua orang ni jahat ?



sewaktu aku kecil dahulu *ecewah ayat dia* bila dengar je orang masuk penjara , bila tengok je orang rempit sini sana , semua kata mereka jahat . semua cakap takda masa depan yang cerah . tetapi kenapa masa depan mereka tidak ada ? sebab takda orang yang nak bimbing mereka untuk mencari masa depan mereka . caci maki hamun jadi makanan favorite setiap hari sampai dah lali . kadang kadang ada timbul perasaan dalam hati aku bila aku sendiri melihat orang orang macam ni , terdetik dalam hati aku "mak ayah dia tak marah ke dia macam tu ? macam mana kalau dia balik rumah nanti" . tapi aku tak pernah pulak terfikir sampai nak soal selidik masalah mereka sebab aku sendiri pun belum tentu lagi masa depan aku macam mana  yang aku pilih nanti . naik sekolah menengah , makin ramai orang boleh aku lihat . kadang kadang cium depan public , mana maruah ? mana ? sebab biarkan kita miskin tapi maruah kita kaya , tinggi . tapi , kenapa mereka sampai macam tu sekali ? kenapa ?

kadang kadang terbuka mata , bukan salah mereka sebab pengaruh dari orang sekeliling main peranan , pengaruh mak ayah . tapi kita pun tak boleh nak salahkan mak ayah kalau mak ayah dah banyak kali tegur still macam tu . kalau pkwe/makwe tegur baru nak berubah , macam tu ? kirannya pakwe/makwe kau lah yang beranakkan kau . yang paling rasa nak pelempang bila ada orang datang mintak sedekah tak kira tua atau muda datang mintak sedekah tapi ada orang maki hamun halau dia , aku rasa macam nak penyepak je muka , lutut je muka orang yang halau dia tu . come on , aku tahu meminta minta ni dilarang , bukan nak cakap banyaklah sebab ilmu aku pun belum penuh didada ni . tapi , bila nampak orang macam ni , semua start bukak cerita kedai kopi kutuk pengemis tu . cuba kauorang faham dia , cuba pandang dia dari segi lain . kenapa dia jadi macam tu ? kerana dia tu orang susah , nak dapat makanan untuk sehari pun susah . ini kan pula untuk sepanjang dia hidup pula kan . bukan aku nak mengatalah , tapi disebabkan kauorangkan , dia terpaksa mencuri , merompak , meragut lepastu kauorang datang ramai ramai belasah dia sampai koma . mana rules kau pakai ? negara semua ada undang undang . mereka tu tak semuanya jahat , kadang kadang nak buat benda tak elok macam benda jahat ni kena fikir pagi petang malam . fikir sampai pecah kepala otak ni . menggeletar tangan sebab takut , tapi diaorang dah terpaksa . memang sangat sangat terpaksa .

aku buat benda ni semua bukanlah aku nak cakap yang aku ni baik , bukan aku nak cakap aku tak pernah buat benda jahat . semua manusia tak sempurna . cacat cela mesti ada , dalam nampak atau tak nampak je . aku tulis benda ni bukan daripada luahan yang kosong tapi sebab aku lihat perspektif lain tak semua orang jahat tu jahat . kadang kadang mereka ni dipaksa atau terpaksa . sebabtu kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita . kita ni bukan sesiapa nak judge orang sesuka hati , nak tuduh orang sebab dah jadi satu adat kalau pesalah mesti digelar penjahat . tak semua kadang kadang kalau setiap hari dihadap cacian , makian , sanggup tak ? let's think it , assalamualaikum :)

Thursday, December 6, 2012

perasaan orang susah kita nak jaga

pagi yang aman dan harmoni di spoiled kan oleh *secret recipe* . kenapa aku tulis entry macam ni ? bukan nak mengata sesiapa dan entry ni bukanlah untuk buat korang semua terasa . kadang kadang aku pun pelik dengan segelintir masyarakat , mudah sangat nak kecik hati dengan apa yang kita cakap . okay aku bukanlah nak marah ke tidak . cuma aku nak cakap atau nak menasihatkan korang supaya jangan mudah terasa dengan orang lain . orang akan lebih menyampah bila kita asyik nak kecik hati , terasa dan sebagainya . sebab benda ni pasal hati , perasaan . orang lain pun ada hati dan perasaan . kita bayangkan macam mana kalau kita asyik nak kecik hati dengan dia , pada masa yang sama dia pun kecik hati dgn kita tapi dia layankan je kerenah kita tu ? kita takde ke perasaan ? kita kena fikir yang kita hidup ni bukan nak dapatkan perhatian je .


kadang kadang kita kena mengalah jugak dan tak boleh na terasa je dengan orang dan kecik hati . tak salahkan kalau kita cuba memahami orang lain , kalau tak boleh nak memahami tu meh sini aku hentak muka kau sampai berdarah nak ? orang akan mula menyampah bila tengok kita asyik terasa , kecik hati . okay aku cakap ni bukan aku nak menyinggung perasaan oranglah . tapi kau fikirkan balik , muhasabah diri tu , pergi cermin , tanya kenapa aku jadi macam ni , kalau cermin tu jawab "mana aku tahu kau" tu bermakna kau kena ubah sikap kau dan kalau sakit hati dengan apa yang cermin tu jawab , hentak pakai kerusi bagi berderai je . okay kalau akulah , aku takkan layan dengan orang yang mudah kecik hati dan terasa ni . aku dah muak , dah jemu , dah bosan dan dah penat wei .

macam macam orang aku jumpa wei . orang yang ada perasaan , orang yang takda perasaan *membohong nau tu* . aku bukan nak cakap aku lagi banyak rasa garam dari korang , even umur aku baru 16 tahun dan tak lama lagi nak masuk 17 tahun , aku dah jumpa macam macam orang yang bermasalah . okay aku sebenarnya hilang doh mood sebab *adalah* . cauwww , bye ;)

Wednesday, December 5, 2012

kbai

kesempatan di tengah malam yang hening ni aku ambil peluang nak ucapkan tahniah untuk abang abang dan jugak kakak kakak yang dah lepas dari seksaan SPM 2012 . tahniah , walau macammanapun result belum keluar lagi *tangan dekat bahu mata pandang atas* . hahahaha , jahat tak aku . lantak ahh , ada aku kesah ! *sambil buat muka garang tunjuk gigi taring* . tajuk entry aku macam tak kena je kan ? sebab aku main tluis je apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni .

kbai ni sebenarnya untuk abang abang dan kakak kakak yang dimana tahun depan takkan bersama kita lagi , dan kita adalah senior sekolah , hahaha *gelak jahat sambil tunjuk sailang* . tahun depan aku pulak yang akan menduduki peperiksaan SPM . aku rasa baru macam semalam baru masuk tahun 2012 *seriouslah mangkuk* . Ibu Jamie cakap "TAHUN DEPAN ADALAH PEPERANGAN BESAR BUAT AWAK SYAFIQ" , fuhhhh ~ dia punya ayat "PEPERANGAN" tu buat aku rasa macam dekat Palestin yang hanya menunggu boom boom dari Israel datang menyerang pekan Palestin .

kepada pembaca blog aku , blogger aku mungkin tak sehebat abang Aizat Amirul , akak Anna Khayalan . tapi kalau suka teruskanlah support aku dari belakang *ecewah macam masuk VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA pulak* . aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pembaca aku dan aku akan terus tulis cerita yang boleh menjadikan korang senyum bila baca , kalau tak senyum , geletek tapak kaki sendiri , okay ? bye , assalamualaikum ;)


Monday, December 3, 2012

surat buat bakal mertua


kehadapan bapak mertua yang boroi muuncit dan mak mertua yang chubby chubby...

assalamualaikum ibu dan ayah mertua . mesti suprise gilak bapak kan bila terima surat ini . diharap kalau kamu berdua terkejut sampai kena serangan jantung tu , pergilah rajinkan diri jalan kaki pergi hospital berdua dua . menantu tak sempat nak datang tolong sebab menantu pun tak tahu lagi siapa ibu dan bapak mertua menantu ni . mesti handsome macam Amy Search dan Sharifah Aini kan . kalau macam Azwan Ali dan Didie Alias , diharapkan kamu berdua lemparkan ni jejauh anak menantu dapat ibu dan bapak mertua yang lain . ayat macam mintak penerajang bertubi tubi kaki kanan kiri kamu berdua je kan . tujuan anak menantu ni kasi surat supaya ibu dan bapak mertua tahu yang anak menantu ni nak pergi merisik anak kamu berdua yang cantik macam Najwa Latiff tu . ecewah *ketawa sopan* macam confirm je kan . tapi WTF *what the frog* *flip hair* kesah apa aku , terima tak terima tu belakang tajuk cerita kay . sebelum saya masuk meminang bacalah ni dulu "WATIKAH" adat meminang yang saya buat sendiri . BACA DAN FAHAMKAN ! *muka serious* kalau tak masing masing kena baling tomato dari saya . saya betul betul ni . serious .

#PERTAMA : WANG SAKU 

okay mak dan ayah mertua , bace sini bebetul . penting ni penting . sekarang ni kamu berdua tengok kan semua nak pakat kenakan duit hantaran berlumba lumba dengan orang lain . kalau jiran sebelah punya hantaran 20k , mak cik dan pak cik kalau boleh nak lagi atas dari dioerang 30k . itu bukan merisik namanya ke apa natang semua tu , tapi itu macam nak jual anak dah saya tengok kan . kalau bawah 15k tu bolehlah saya terima lagi . mak cik pak cik kena fikir jugak , kadang kadang duit hantaran tinggi tinggi sebelum kahwin , lepas dah kahwin tu nak bagi bini makan apa kalau duit hantaran je dah 30k pak cik mak cik . takkan nak bagi bini saya makan pasir makcik . kang saya penumbuk muka pak cik mak cik kang , terus masuk ICU kang . jangan memain , mak cik pak cik sekurang kurangnya kena ikut kemampuan lelaki tu . kalau macam saya ? saya tak mampu lagilah sebab saya masih alam persekolahan pakcik *saja tulis surat ni dulu untuk mempringatkan* . kalau mahal mahal sampai ke umur 54 dah pencen pun anak macik tetap menjadi "anak dara" takda siapa nak kahwin dengan dia . nanti makcik sendiri yang susah takda keturunan nak wariskan harta makcik yang menimbun tu . pakcik diam ni kenapa ? bisu ke ? makcek queen control eh ? muehehehe *ketawa jahat*

#KEDUA : HANTARAN

okay masuk chapter kedua . ecewah . kalau nak kahwin tu mengalahkan menantu cik Rokiyah sebelah rumah siap naik helikopter segala bawak berdulang dulang hantaran kemain banyak . selalunya hantaran paling banyak pun 11 dulang makcek . pak cik mak cik tak payalah minta sampai 20 dulang hantaran . tu bukan nak buat kenduri kahwin , tu macam nak buat kenduri hantaran dulang siap paling banyak makcek . dan tak payahlay nak bersyarat syarat bagai hantaran nya pun . makcek dan pakcik hengat anak makcek tu hantu belaan ke sampai nak banyak berdulang dulang . cukup lew 11 tu , bukan nak kasi kerbau lapar seminggu yang tak makan pulak . kang saya kick muka makcik dan pakcik kang , masuk tiang dua . bukan kubur makcik pakcik , tapi masuk tiang 2 tu goll . nak ke ? amboi , lepas ni pakcik dan macik nak humban saya dekat gaung pun saya tak kisah , hahahaha .

#KETIGA : RUMAH

pak cik mak cik , tujuan saya ni untuk meminang menikah anak kamu berdua , bila dah sah jadi yang halal buat saya tu dia adalah tanggungjawab saya . jangan pakcik dan makcik punya jahat paksa dia tinggalkan saya semata mata rumah saya jauh di Sarawak . sedangkan rumah pakcik dekat Keyil *KL* . kesian saya nanti tiada yang nak tengok tengokkan saya . kalau dia dah sah jadi milik saya , kalau tersepak muka dia sekali , kalau makcek nak sumpah saya jadi kera pun takpe makcek saya tak kisah . saya tahu mana salah mana betul . pakcik dan makcik jangan risau , sampai bila dia nak jadi matang kalau masih duduk bawah ketiak makcik je . dia kena belajar berdikari . pakcik jangan risau , saya akan didik dia menjadi isteri yang solehah . apa gunanya lelaki yang dah sah jadi yang halal tapi tak boleh nak jadi khalifah buat isteri dia , macam tu better pakcik dan makcik reject je saya dari dulu ye tak . rumah ? beres pakcik , rumah ada prking lot yang besar muat untuk lori , bas , kontenar , jet , helikopter , kapal selam dan sebagainya . dalam ? dalam muat untuk 2000 orang . bagak tak rumah saya tu pakcik ? senang anak pakcik tu , boleh pakcik dapat cucu banyak . hahahaha .

okaylah pakcik makcik , penat dah saya membebel . walaupun masih banyak lagi , tapi saya biarkan jelah dulu ye . kadang kadang saya sendiri menyampah dengan diri saya sendiri . nak bersurat surat macam "SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUA AGONG" pulak . orang zaman sekarang ni dah modern pakcik makcik , orang sekarang guna skype terus webcam . tak payah bersurat surat macam saya ni . tapi dah hidup saya suka bersurat surat . pakcik dan makcik boleh buat apa ? nak tikam saya 14 kali sampai mati ? tikamlah , kalau saya hidup semula pun saya tetap akan pilih surat daripada skype bagai tuh . sebenarnya saya tahu saya dah lari daripada tajuk sebab saya dah penat asyik menaip surat ni . demi anak pakcik tu , esok pagi pun saya sanggup karang surat "WATIKAH" saya ni . jadi sebelum menerima saya tu pakcik makcik , fikirlah semasak masaknya . kang tak memasal menyesal dengan pilihan sendiri . maaf ye pakcik makcik , minta diri dulu sebelum kena halau , tak memasal malu saya . okbai !

                                                                                ikhlas dari menantumu yang comel,
                                                                                                            Amir Syafiq Mazidi
                                                                                                                 


surat buat crush


kehadapan crush , eh ? keblakang crush *jozanlah sikit* terjumpa surat ini di tepi jalan , surat ini untuk awak *nari shuffle*

tujuan surat ini ditulis adalah sebab awak ni crush saya . even surat ni tak mahal macam emas tapi surat ini takda makna pun , yelah sebab baca surat ni pun dah tahu surat dari tepi jalan . so awak bertuah , awaklah yang terima surat ni serta merta jadi crush saya . hahahaha *tak funny* . saya tahu awak mesti terkejut dapat surat ni . tapi sebenarnya saya dah lama perhatikan awak sampai , tak tahu nak cakap macam mana . tapi awak janganlah tak sudi baca surat ini sampai buangkannya dalam tong sampah sebab saya hanya sukakan awak seorang saja . tapi takkan sampai kawen kan ? melainkan jodoh kita . "ku pinang kau dengan bismillah" ada macam penyanyi kumpulan Ungu tu tak siapa nama dia ? Pasha ? hah , Pasha Ungu . *bajet macam pasha* cermin muka sendiri dan saya tahu awak mesti pelik tahap 12 kan , okay macam ni lah saya terangkan kenapa saya suka awak dan kenapa saya beriya iya nak sangat awak baca surat ini . walaupun saya tulis surat ni atas daun pokok pisang , tapi saya harap ini bermakna untuk awak dan awak jaganya elok elok walaupun diurung semut . 

sebenarnya dah setahun saya perhatikan awak . first time saya tengok saya macam "macam Najwa LATIFF wooooo" tapi saya tahu susah saya nak dapatkan awak sebab awak ni pandai , friendly dan orang kata awak ni tak layan lelaki macam tahap rendah . tapi sebabtu usha awak , nak kikis ilmu awak sikit demi sikit . hahaha , lepasni awak tolong lemparkan batu dekat saya kalau awak baca surat ini . sebenarnya , saya harap bila saya minat awak suka awak , awak pun minat saya balik suka saya balik juga . tapi saya tahu saya tak boleh juga nak berharap , sebab kalau berharap dan luahkan depan awak saya rasa mati saya kena terajang sia sia tarik teddy bear menangis kecewa dalam hujan , guruh , petir , kilat urung dan menangis sebab patah hati . bila awak baca sampai sini mesti awak rasa macam amende kegila mamat tepi jalan ni kan , tapi inilah apa yang saya rasa . saya tak boleh bohong lagi dah . mungkin sekarang saya cuma nampak awak daripada jauh , tapi mana tahu satu hari nanti saya boleh nampak awak dekat dekat dan lepastu luahkan apa yang saya rasa dan simpan dalam hati saya ni .

dear awak , saya selalu usha awak dekat kelas tau dekat kelas tau . walaupun kelas saya tingkat satu dan kelas awak dekat bawah je , saya usahakan  juga diri saya masa rehat nak tengok awak makan , cara awak makan nauzubillah pelahapnya macam kerbau tengah lapar tak makan seminggu dekat padang pasir . main mentedarah ikut suka je sampai comot muka . tapi macam manapun awak pelahap awak tetap kiut dihati saya . tapikan awak , hati saya ni sentiasa nak awak , kadang kadang bila cikgu tengah fokus mengajar awak melintas lalu depan kelas saya , saya sanggup tipu sunat dengan cikgu katanya "nak pergi yak yak cikgu" semata mata nak tengok awak , manalah tahu kod kod awak jatuh ke , saya boleh tolong bangunkan awak . awak comel macam "sesaat kau datang , sesaat kau hilang , Ramlah Ram" , hahahaha . lesung pipit awak tu bila awak senyum , fuhhh , boleh buat saya cair awak tahu dan rasa nak siku je muka awak tu . kadang kadang saya tahu awak ada perasan yang saya selalu senyum dekat awak sampai awak lempar saya dengan tomato . tapi itulah saya . saya tahu saya selalu kacau awak , pijak kasut awak sampai terseret muka awak dekat jalan tar *bukan tunku abdul rahman* dan itulah tanda cinta saya dekat awak . itulah cara saya tunjukkan rasa minat saya tu dekat seseorang yang berjaya buat saya jatuh cinta dekat dia 

awak , masa awak lepak dekat kantin sekolah awak ni pelat "R" dan saya pernah dengar awak cakap "R" tu . comel sangat sampai saya rasa nak tapak muka awak dengan kasut saya ni . saya suka sakat awak bila awak sebut "R" dengan pelatnya dan masa tu saya ter-hentak muka awak terlalu kuat dekat meja sebab tak tahan gelak bila awak makin menjadi jadi sebut "R" dengan pelatnya . dan masa tu sayalah hero awak yang selalu jenguk awak dekat hospital dan bawa buah tangan . dan masa tu awak masih tak sedarkan diri , dan saya berkali kali cuba kejutkan awak dengan tampar pipi awak guna kayu golf tu dan doktor cakap keadaan awak makin critical bila saya buat macam tu dan saya amat bersedih sampaikan tak lalu nak makan *cerita yang aku ceritakan ni hanya dongeng semata mata* . dan bila awak mula sembuh , awak datang balik sekolah setiap hari saya nyanyikan lagu "ABCDEFG" dekat depan awak dan awak pun hentak belakang saya suruh stop nyanyi tapi saya rasa itulah moment yang saya suka dan romantik . 

sekarang ni awak , saya nak luahkan rasa suka saya dekat awak , saya tahu selama ni saya pendamkan dalam hati saya yang awaklah crush saya tapi harini saya nak luahkan yang saya cintakan awak . saya suka cara awak tersenyum walaupun muka awak macam mintak kaki , saya suka lesung pipit awak walaupun pipi awak lagi sebelah ada parut akibat jatuh dekat atas jalan tar masa jatuh akibat saya , semuat tu sweet bagi saya . 


                                                                                                       crushmu yang kiut miut , 
                                                                                                                Amir Syafiq Mazidi




Friday, November 30, 2012

kehidupan

Dengan semangatnya aku buka komputer malam ni sambil tweet-ing semata mata nak luahkan idea aku yang dah nak terkeluar daripada kepala otak aku ni . jadi better aku tulis sebelum Ibu Jamie membebel suruh off WIFI ! teringat tadi bila aku lelepak dengan kengkawan , aku pun dengarlah dieorang cerita pasal kerja sana sini , aku hanya dengar dan duduk diam dengan sengeh-sengeh aku macam lembu lepas beyak . nak tahu kenapa aku sengeh-sengeh dan diam je ?

aku bukan gila yang selalu sengeh sesorang tapi aku sengeh sesorang tu aku dah dapat gambarkan macam mana kehidupan dekat dunia ni . dulu , kita rasa dekat dunia ni kita boleh dapat apa je yang kita nak . nak kono setepek ponyopak ? aa kang ni makan dia . kalau tak get ready *kacuk BI* , dunia tak aman dan tak selamatlah jawab eh . apotah lagi akhirat ye dak ? setiap hari setiap saat dan dimana jua kita berada pasti ada dugaan , betulkan . kadang kadang rasa tak puas hati dan rasa nak penumbuk je muka mat mat bangla tuh . jadi bila kita nampak orang yang ada masalah tu kita fikir kita ni takda masalah , bukan takda tapi belum sampai masa masalah tu nak datang dekat kita .

bila kita gembira , kita sering melupakan waktu susah kita tu . kalau kita sering fikir waktu susah kita tu , kita akan jadikan ia sebagai pedoman . aku tak suruh korang rewind balik masa susah korang tu , tapi aku just suruh korang ingatkan balik je . pepatah orang dulu dulu "bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian" .korang fikir korang dah senanglah korang bila korang dah bersusah susah dulu , jangan kau fikir macam tu kalau tak aku hentak kau pakai meja tu kang , bukan , korang kena tengok pada sudut yang lain dan jadikan susah sebagai pengajaran untuk kesenangan kau . lagipun takda masalah yang dapat diselesaikan  melainkan duduk membongkang dalam bilik tak selesaikan , memang cari nahas lew kau . nak nak bila dah ada berbagai bagai kemudahan dan laman sosial sekarang ni . bila semua kemudahan dah ada , buat apa pun nak kena cakap semuanya . hang hado ? hahahaha , ganggu kojap yang tuh . so bila dah ada benda tu semua yang akan membuatkan kau leka , kadang kadang aku pun sama macam tu jugak , lepasni sapa yang jumpa aku lepasni hentak aku aku sampai mati pun takpe tapi jangan sampai mati menangis Ibu aku tu kang .

Sebenarnya kehidupan ni kalau kita pandai atur/susun , pandai makeup sikit *amboi makeup , kelas BM kau mir* , confirm indah kehidupan korang tu dunia dan diakhirat , dan yang paling penting hati dan selalu dekat dengan Allah , in shaa Allah hidup korang diberkati , dipermudahkan dan bahagialah . setiap yang berlaku itu ada hikmahnya . aku bagi korang example kalau kau orang ditinggalkan awek/cewek kau orang , mesti korang akan updates status dekat FB , dan rasa macam nak mati bunuh diri terjun bangunan tingkat 10 , eh aku main petik je ? jangan bimbang sebab kalau dia tinggalkan kau orang maknanya dia bukan yang terbaik untuk kau orang . pasti akan ada yang peneman hidup kau lusa , next atau bulan depan atau hari hari yang seterusnya *ecewah* . macam aku cakap kehidupan ni kena hadapi dengan tenang . jangan sikit sikit dah putus asa . meh sini aku humban kau dalam lombong belakang taman aku . dah macam perempuan sikit sikit nak putus asa , perempuan pun takda macam kau . berbalik semula pasal tadi ,jadi bila dah ada kehidupan ni kita kena sentiasa bersyukur , jangan megeluh , kang aku hantar kau duduk dekat planet Marikh pulak kang . so fikir dan renungkan waktu kita susah , ada orang yang lagi susah daripada kita . tu je kita kena ingat . so bila kau dapat apa apa , bersyukur okay .

KEHIDUPAN , kalau kita teruskan kehidupan kita dengan sempurna , mesti bahagia hidup kita walaupun orang pandang kita macam kita tengah ada masalah . tapi kita kena beringat , kehidupan ni hanya sementara saja dekat dunia ni , hanya persinggahan bak kata orang . kehidupan kita tu bila bila masa saja akan berakhir tak kira cepat atau lambat walau sesaat . kalau dah terlambat , tak guna lagi dah nak menyesal masa tu .