WELCOME TO AMIR SYAFIQ MAZIDI TYPEWRITER | thankyou reader and stalker that arrived this blog | enjoy and peace yoww ...

About Me

My photo
Kuala Lumpur
Kegagalan tidak bermakna kita tidak berjaya tetapi kegagalan bermakna kita kurang usaha untuk berjaya :) instagram: amirsyafiqmazidi

Monday, December 17, 2012

tak semua jahat !

berehat sebentar dan menulis blog . hewhew , macam poyo je nak berehat bagai macam ada orang yang nak baca blog aku ni kan padahal followers pun entah berapa kerat je , tapi apa pun aku tetap hargai siapa yang follow aku tu . walaupun aku cerita entah apa apa merepek tahap bosan dewa 19 adalah jugak yang rajin follow cerita aku . bila dah buat entry mestilah kena ada title entry kan . kenapa kali ni macam syahdu je pulak cerita aku ni ? kenapa ? kenapa ? kenapa ? padehal takde apa pun bro/kak . and bila aku baring baring tadikan , aku terbayang sana sini . terbayang sekeliling , tengok orang sana sini , dalam majalah , dalam internet , dalam akhbar dan dalam berita , macam macam kauorang boleh dengar setiap hari kan ? macam macam boleh tengok . rogol , bunuh , buang bayi , merompak , dera anak dan apa lagi . huh , aku disini bukanlah sibuk nak ambik tahu hal orang lain tapi sebab terasa ingin berkongsi cerita , aku bukaklah mulut . bukan nak menuduh , bukan nak menambah tapi untuk sama sama fikirkan , adakah semua orang ni jahat ?



sewaktu aku kecil dahulu *ecewah ayat dia* bila dengar je orang masuk penjara , bila tengok je orang rempit sini sana , semua kata mereka jahat . semua cakap takda masa depan yang cerah . tetapi kenapa masa depan mereka tidak ada ? sebab takda orang yang nak bimbing mereka untuk mencari masa depan mereka . caci maki hamun jadi makanan favorite setiap hari sampai dah lali . kadang kadang ada timbul perasaan dalam hati aku bila aku sendiri melihat orang orang macam ni , terdetik dalam hati aku "mak ayah dia tak marah ke dia macam tu ? macam mana kalau dia balik rumah nanti" . tapi aku tak pernah pulak terfikir sampai nak soal selidik masalah mereka sebab aku sendiri pun belum tentu lagi masa depan aku macam mana  yang aku pilih nanti . naik sekolah menengah , makin ramai orang boleh aku lihat . kadang kadang cium depan public , mana maruah ? mana ? sebab biarkan kita miskin tapi maruah kita kaya , tinggi . tapi , kenapa mereka sampai macam tu sekali ? kenapa ?

kadang kadang terbuka mata , bukan salah mereka sebab pengaruh dari orang sekeliling main peranan , pengaruh mak ayah . tapi kita pun tak boleh nak salahkan mak ayah kalau mak ayah dah banyak kali tegur still macam tu . kalau pkwe/makwe tegur baru nak berubah , macam tu ? kirannya pakwe/makwe kau lah yang beranakkan kau . yang paling rasa nak pelempang bila ada orang datang mintak sedekah tak kira tua atau muda datang mintak sedekah tapi ada orang maki hamun halau dia , aku rasa macam nak penyepak je muka , lutut je muka orang yang halau dia tu . come on , aku tahu meminta minta ni dilarang , bukan nak cakap banyaklah sebab ilmu aku pun belum penuh didada ni . tapi , bila nampak orang macam ni , semua start bukak cerita kedai kopi kutuk pengemis tu . cuba kauorang faham dia , cuba pandang dia dari segi lain . kenapa dia jadi macam tu ? kerana dia tu orang susah , nak dapat makanan untuk sehari pun susah . ini kan pula untuk sepanjang dia hidup pula kan . bukan aku nak mengatalah , tapi disebabkan kauorangkan , dia terpaksa mencuri , merompak , meragut lepastu kauorang datang ramai ramai belasah dia sampai koma . mana rules kau pakai ? negara semua ada undang undang . mereka tu tak semuanya jahat , kadang kadang nak buat benda tak elok macam benda jahat ni kena fikir pagi petang malam . fikir sampai pecah kepala otak ni . menggeletar tangan sebab takut , tapi diaorang dah terpaksa . memang sangat sangat terpaksa .

aku buat benda ni semua bukanlah aku nak cakap yang aku ni baik , bukan aku nak cakap aku tak pernah buat benda jahat . semua manusia tak sempurna . cacat cela mesti ada , dalam nampak atau tak nampak je . aku tulis benda ni bukan daripada luahan yang kosong tapi sebab aku lihat perspektif lain tak semua orang jahat tu jahat . kadang kadang mereka ni dipaksa atau terpaksa . sebabtu kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita . kita ni bukan sesiapa nak judge orang sesuka hati , nak tuduh orang sebab dah jadi satu adat kalau pesalah mesti digelar penjahat . tak semua kadang kadang kalau setiap hari dihadap cacian , makian , sanggup tak ? let's think it , assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment