WELCOME TO AMIR SYAFIQ MAZIDI TYPEWRITER | thankyou reader and stalker that arrived this blog | enjoy and peace yoww ...

About Me

My photo
Kuala Lumpur
Kegagalan tidak bermakna kita tidak berjaya tetapi kegagalan bermakna kita kurang usaha untuk berjaya :) instagram: amirsyafiqmazidi

Sunday, January 27, 2013

waktu waktu free aku !

ASSALAMUALAIKUM

pejam celik pejam celik hamekau dah sampai hari ahad yang penuh membosankan . masa aku rasa memang berlalu dengan pantas sampaikan kau lari marathon empat atau lima orang pun tak mampu kau nak kejar masa ni . silap silap lepasni kau pejam tak celik celik lagi dah , acano pulak tu ? ahaha . macam aku , ada hobi makan sambil tertidur , korang hado ? takde kan ? aku paling istimewa tau . lepasni kalau badan dah besar gabak macam lori hantu tu tak payah nak memekak cakap perut muncit lah apalah , memang kena makan penyapu . okay kali ni entry ni aku bagitahu awal awal memang membosankan . tengok tajuk je korang akan rasa nak kunyah lappy korang tu , dengan bahasa melayu yang aku campurkan dengan bahasa inggeris , pakcik aku jabatan pelajaran punya orang , kalau dia baca tajuk entry ni memang dia gegelak sambil cakap "muka je kacak tapi macam hampeh" . okay sila lenyek muka aku bagi kemek , tinggalkan cerbisan daging je , eh ? :D

kebiasaannya kalau dah hujung minggu ni aku punya waktu tidur lepas subuh lepastu bangun sampai orang nak pergi masjid solat zohor baru aku terhegeh hegeh nak capai towel pergi mandi , itu pun kalau tersedarlah . syaiton durjana berjoget ulik mayang dekat mata aku bergayut macam monyet suruh aku tidur lagi nak nak kalau dalam rumah aku tu takde orang , nikmat dia hanya aku sorang je yang tahu ^^ , tapi selalunya ibu Jamie selalunya pukul 9 dah melontarkan vokalnya dekat dalam bilik aku tu . lepas bangun wajib bagi aku buka freezer lepastu carik makanan dalam tu .

kadang kadang aku suka mengelamun dalam tandas sambil pandang muka aku yang kacak tu ^^ sambil bercakap "Neelofa tu ajak aku couple tapi aku tolak mentah mentah sebab bukan taste aku" . kadang kadang pernah jugak mengelamun crush , fuhhh bayangkan dia lebih cantik daripada Neelofa tanpa makeup , eh ? budak bawah 17 tahun diharamkan baca tau benda tu . nanti takut imagine terlebih lebih pulak . so kalau waktu aku free tu aku akan ada satu minat iaitu baca komik , novel , majalah . okay sebenarnya aku tak minat sangat nak baca buku sekolah sebab membosankan . aku rasa macam buku sekolah ni untuk hari sekolah je aku baca , wahahaha . jumpa aku tolong hiris muka aku bagi calar . kadang kadang tu rajin melayankan si kecik tu adik aku umur 2 tahun tu . sampai melalak lalak budak tu aku buli .

okay aku pun bosan tak tahu nak tulis apa lagi . jadi dikesempatan ni aku nak ucapakan tahniah kepada kak aja dan angah (fauzi) yang telah mendapat cahaya mata pertama . so lepas ni korang dah tak boleh lepak macma dulu lagi . kbye ~

                                            Nur Zara Alisha nama diberi :) 

                                                    Anak dan bapanya :) 

No comments:

Post a Comment