untuk si dia,
kehadapan orang yang sedang membaca surat ini dan menerima surat ini . aku nak bagitahu , aku bukan kirim surat ini dekat kau dengan sengaja sebab aku rindu kau apa bagailah , tapi sebab aku nak bagitahu kau sebab sebab aku hantar surat ini . kau mesti terkejut kan kalau terima surat ni dengan pendahuluan aku yang tiba tiba nak serang kau ni . aku bukan nak serang , aku just nak cakap je , mulai sekarang kau dah curi hati aku dan aku sendiri tak tahu nak luahkan macam mana perasaan . tapi jangan risau aku luahkan je dekat sini sebab kau sendiri tak pernah tengok aku ._. okay dah boleh terajang aku ramai ramai . gembira tak ? gembira kan , sampai terkedu kau tujuh kali sebab baca surat ni . aku bukan apa nak kirim surat ini dekat kau , kau mesti ingat aku ni buta it tapi aku tak buta it pun , kalau aku post kat wall fb kau , semua orang baca lepastu like , aku tak suka , lebih baik kau baca surat ini lepastu kau pergi baca baik baik dalam toilet . jangan bagi mak , ayah , kakak , abang kau baca . kalau diaorang tahu , bising diaorang dekat aku , tak makan aku malam ni .
kau tahukan macam mana aku sayangkan kau ? kau tahu aku sangat ambil berat pasal kau ? sampai sanggup belasah nyamuk tu lumat lumat kalau nyamuk tu cuba pergi dekat kau . macam tu jugaklah aku akan buat kalau ada orang cuba sakitkan hati kau tu . tapi nanti dulu , kau jangan takut . biar aku ceritakan dulu . tapi aku nak syarat dekat bawah ni , mampu buat kau bahagia .
PERTAMA , lepasni aku akan jaga hati dia , mampu berikan dia kasih sayang , aku takdalah nak bagi kau banglo sebijik , ferrari sebijik , tapi , tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki aku mesti tunaikan , jangan biarkan kau jadi lelaki pulak ._.
KEDUA , beri dia didikan agama yang cukup sebab aku tahukan kalau bimbingan seorang lelaki tu tak cukup untuk perempuan , kelak jika di akhirat , bimbingan agamanya tak cukup , aku akan heret kau sekali masuk neraka , kau jangan ingat kau sahaja yang terselamat
KETIGA , jaga kau sebagaimana kau jaga diri kau , tegur kau jika kau buat kesalahan , pukul kau jika dah buat salah , eh itu untuk yang dah berumah tangga , mohon hentak aku lepas baca surat ni kejap lagi .
KEEMPAT , takkan sakiti hati kau dengan mencari perempuan lain , aku tahu hati seorang perempuan tu lembut , jika aku mencari perempuan lain , bukan hati kau yang aku akan sakiti , tapi badan aku yang akan kau sakitkan , eh ? ni pun bila dah berumah tangga nanti .
KELIMA , akan aku pastikan kau menjalani tanggungjawab kau sebagai seorang perempuan , jaga makan minum kau , jaga pakaian kau , jaga setiap kelengkapan kau .
KEENAM , boleh aku ambil kau sebagai ratu hidup aku ? akan aku sematkan kau didalam hati aku .
maaflah jika kiriman ni menggangu kau tapi ingatlah , apa yang aku kata tu tak semudah tu tapi dengan izin Allah SWT aku akan cuba . aku akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup kau , dan mohon papa dan mama kau setuju merestui ._. kalau apa apa hal kita whatsapp je lepastu IM je aku dekat fb ok ? kbai !
buah jantungmu,
Amiw Syafiq
No comments:
Post a Comment